JellyPages.com

.

.

Sunday, October 6, 2013

SENARAI HARGA


10 pcs     RM 3.00
20 pcs     RM 6.00
40 pcs     RM 12.00
100 pcs   RM 30.00
500 pcs above free extra Bahulu!

* Bahulu coklat 100biji RM50

Bahulu lazat boleh didapati dengan 4 jenis jem yang enak. Bahulu strawberry, blueberry, nenas dan coklat.

HUBUNGI KAMI


Kepada sesiapa yang ingin mengajukan sebarang persoalan dan pandangan, ataupun ingin membuat tempahan bahulu untuk sebarang majlis, sila hubungi saudara AIN di talian
01119984130

e-mail: lazatbahulu@gmail.com

Wednesday, September 18, 2013

JENIS-JENIS BAHULU

Terdapat pelbagai jenis bahulu yang boleh didapati di BAHULU LAZAT yang merangkumi pelbagai bentuk antaranya: Bahulu Cermai, Pecah Lapan dan Gulung .Selain itu, kami juga menawarkan perisa yang berlainan sesuai dengan citarasa penggemar bahulu pada zaman ini iaitu: Perisa Coklat, Coklat Rice, Pandan, Blueberry, Nenas, kiwi dan Strawberry

Sunday, September 8, 2013

FALSAFAH PERNIAGAAN BAHULU WARISAN

Falsafah kami di dalam perniagaan BAHULU LAZAT ialah untuk mengekalkan citarasa asli kuih bahulu dengan penyediaan yang moden lagi suci disamping menjadikan bahulu sebagai makanan ringan yang disukai ramai dan bebas daripada bahan kimia atau bahan awet. .
Harapan kami agar sambutan masyarakat terhadap produk BAHULU LAZAT adalah berterusan dan itu merupakan salah satu ruang yang menjadi nadi kejayaan kami.
Selain itu, kami juga sentiasa meneroka ruang pasaran baru yang berpotensi untuk memperkembangkan perniagaan BAHULU LAZAT untuk terus maju ke hadapan

SEJARAH KUIH BAHULU

Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.
Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.


Atas pendedahan secara langsung dengan aktiviti membuat kuih bahulu dari generasi terdahulu, maka kami generasi masa kini bertekad untuk mewarisi kelangsungan keluarga dalam membuat kuih bahulu. Dengan adanya peralatan moden proses asimilasi pembuatan bahulu telah menghasilkan perniagaan berasaskan kuih bahulu. Maka kini diwujudkan entiti perniagaan bernama BAHULU LAZAT.