Wednesday, September 18, 2013
JENIS-JENIS BAHULU
Terdapat pelbagai jenis bahulu yang boleh didapati di BAHULU LAZAT yang merangkumi pelbagai bentuk antaranya:
Bahulu Cermai, Pecah Lapan
dan Gulung
.Selain itu, kami juga menawarkan perisa yang berlainan sesuai dengan citarasa penggemar bahulu pada zaman ini iaitu:
Perisa Coklat, Coklat Rice, Pandan, Blueberry, Nenas, kiwi
dan Strawberry
Sunday, September 8, 2013
FALSAFAH PERNIAGAAN BAHULU WARISAN
Falsafah
kami di dalam perniagaan BAHULU LAZAT ialah untuk mengekalkan citarasa asli
kuih bahulu dengan penyediaan yang moden lagi suci disamping menjadikan bahulu
sebagai makanan ringan yang disukai ramai dan bebas daripada bahan kimia atau
bahan awet. .
Harapan
kami agar sambutan masyarakat terhadap produk BAHULU LAZAT adalah berterusan
dan itu merupakan salah satu ruang yang menjadi nadi kejayaan kami.
Selain itu, kami juga sentiasa meneroka ruang
pasaran baru yang berpotensi untuk memperkembangkan perniagaan BAHULU LAZAT
untuk terus maju ke hadapanSEJARAH KUIH BAHULU
Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari
zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari
kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.
Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan
masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran,
seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu
yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu
kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.
Atas pendedahan secara langsung dengan aktiviti membuat kuih
bahulu dari generasi terdahulu, maka kami generasi masa kini bertekad untuk
mewarisi kelangsungan keluarga dalam membuat kuih bahulu. Dengan adanya
peralatan moden proses asimilasi pembuatan bahulu telah menghasilkan perniagaan
berasaskan kuih bahulu. Maka kini diwujudkan entiti perniagaan bernama BAHULU
LAZAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)